ILMU – ILMU YANG PERLU DIPELAJARI OLEH MUSLIMIN
Ilmu adalah amat penting di sisi Islam, oleh yang demikian agama Islam telah mewajibkan ke atas kaum Muslimin menuntut ilmu. Mana – mana orang Islam yang mencuaikan tanggungjawab menutut ilmu adalah berdosa selagi mana dia tidak melakasanakan kewajipannya itu.
Ilmu – ilmu yang diperintahkan oleh Allah ke atas kaum muslimin untuk mempelajarinya terbahagi kepada 3 bahagian utama;
1.Ilmu Fardhu ‘Ain: iaitu ilmu-limu yang wajib dipelajari oleh setiap individu muslimin dan berdosa sekiranya meninggalkannya.
2.Ilmu Fardhu Kifayah: iaitu ilmu-ilmu yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh kaum muslimin, sekiranya tidak ada sekumpulan umat Islam yang melaksanakan tanggungjawab menghasilkan ilmu-ilmu tersebut maka keseluruhan umat Islam adalah berdosa.
3. Ilmu Nafilah(Sunat): Ilmu-ilmu yang tidak diwajibkan untuk mempelajarinya tetapi digalakkan kepada umat Islam untuk mengetahuinya.
InsyaAllah kita akan membincangkan setiap bahagian daripada ilmu-ilmu tersebut secara
ringkas agar kita dapat memahami dan menilai sejauh manakah kita telah melaksanakan kewajipan –kewajipan tersebut.
ILMU FARDHU ‘AIN
1. Mempelajari 2 kalimah syahadah dan memahami makna [juga tuntutan] kedua-dua lafaz tersebut. (Perkara ini dinyatakan oleh Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin)
2. Mempejari dan memahami rukun-rukun IMAN: iaitu ALLAH,MALAIKAT,KITAB,RASUL,HARI AKHIRAT,QADHA&QADAR.
3. Mempelajari dan mengetahui gambaran umum tentang AGAMA ISLAM, kerana dengan tidak memiliki gambaran tentang ajaran Islam menyebabkan umat Islam terdedah kepada mengingkari ajaran-ajaran Islam tanpa disedari dan ini boleh membawa kepada kekufuran والعياذ بالله .
Ketiga-ketiga perkara di atas adalah perkara-perkara dari sudut IKTIKAD (kepercayaan)yang diwajibkan ke atas umat Islam mengetahui dan meyakininya.
4. Mempelajari perkara-perkara yang diwajibkan ke atas umat Islam untuk melaksanakannya(AL AMAL) supaya perlaksanaan itu bertepatan dengan syarak dan diterima oleh Allah. Perkara-perkara tersebut sekurang-kurangnya:
-Thoharoh (bersuci: seperti istinjak,cara membersihkan najis,wudhu,mandi)
-Solat Fardhu 5 kali sehari semalam (rukun,syarat sah,perkara-perkara yang membatalkan dll)
-Puasa
(Perkara-perkara diatas ialah sekurang-kurang perkara wajib yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu muslim. Perkara-perkara wajib itu sentiasa bertambah,contohnya orang-orang yang mempunyai harta wajib mempelajari tentang zakat supaya tidak terlupa dari menunaikan zakat, orang yang telah mampu untuk pergi haji wajib belajar tentang haji,peniaga wajib mempelajari hukum meniaga dan begitulah seterusnya.)
5. Mempelajari dan mengetahui perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dari melakukannnya (الترك ) supaya tidak terjebak dari melakukannya seperti berzina,mencuri,liwat,meminum arak, riba dan lain-lain lagi.
(Perkara ini juga seperti perkara 4,ianya sentiasa bertambah begantung kepada individu,masa dan tempat.)
Pengalaman beli rumah (Siri 4)
5 months ago
0 comments:
Post a Comment