Thursday, January 3, 2008

KEPENTINGAN ILMU DAN KELEBIHANNYA.

Al Ustaz Said Hawwa rahimahullah telah menyatakan dalam kitab beliau (Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan) yang lebih kurang maksudnya:

Baginda Rasulullah S.a.w telah bersabda : “Sesungguhnya dunia itu dilaknat dan semua yang berada di dalamnya juga dilaknat kecuali ZIKRULLAH, ……………………,ORANG-ORANG YANG BERILMU dan juga PENUNTUT-PENUNTUT ILMU.”

Baginda juga bersabda: “Sekiranya kamu melihat seseorang yang telah menjadi kebiasaannya berulang alik ke masjid…maka bersaksilah baginya bahawa dia adalah seorang yang beriman.”

1. ILMU ADALAH PERMULAAN JALAN UNTUK MENGAKKAN KEMBALI AGAMA ISLAM
Sesungguhnya berulang alik ke masjid dan menghidupkan masjid dengan ILMU dan ZIKRULLAH ,juga mengikat kembali orang-orang Islam dengan halaqah-halaqah ilmu di masjid adalah permulaan jalan untuk menegakkan semula ISLAM di ala mini.

2. ILMU ADALAH BENTENG KEPADA AQIDAH UMAT ISLAM
Pada hari ini kita berhadapan dengan kesesatan dan kejahilan terhadap ISLAM yang menimpa hampir majoriti kaum muslimin di dunia, kita juga berhadapan dengan penyimpangan dari ajaran Islam yang dilakukan oleh kaum Muslimin itu sendiri.
Umat Islam juga berhadapan dengan kekuasaan dan perancangan yang tersusun yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk menyesat serta memalingkan anak-anak kaum Muslimin dari Islam.

Kesemua bahaya dan ancaman ini hanya akan dapat dihadapi dan diatasi dengan ILMU!!!
Ilmulah yang akan dapat memberi kesedaran kepada umat Islam tentang bahaya-bahaya tersebut dan ilmulah juga yang akan menjadikan umat Islam mampu beristiqomah dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan dengan kembali ke masjid dan menghidupkan semula padanya majlis-majlis ilmu.

Sekiranya terdapat halangan yang menyebabkan kita tidak mampu untuk mewujudkan semula majlis ilmu di masjid, maka halaqah-halaqah ilmu tetap perlu dijalankan di rumah-rumah orang Islam itu sendiri sebagai benteng untuk memastikan umat Islam akan dapat terus mempelajari,dan mendapat kefahaman yang sebenarnya tentang Islam.

3.ILMU ADALAH AIR YANG AKAN MENGHIDUPKAN HATI
Ulamak-ulamak Islam sepanjang zaman terus menerus menyebut dan meletakkan bahawa ILMU-ILMU YANG BERKAITAN DENGAN SYARIATlah yang dapat menghidupkan hati-hati yang mati sebagaimana hidupnya tanah oleh sebab air yang menimpanya. ILMU –ILMU MENGENAI SYARIAT adalah air yang menghidupkan hati sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadith Baginda Nabi S.a.w

4.ILMU MENJADI SYARAT PENERIMAAN AMAL
Ilmu disisi Islam adalah amat penting sehingga ianya menjadi asas kepada penerimaan atau penolakan amalan seseorang hamba itu disisi Allah. Imam Al Bukhari telah meletakkan satu bab di dalam kitab Shohihnya yang bertajuk “Ilmu sebelum berkata-kata dan beramal” untuk menunjukkan kepada kita tentang kepentingan ilmu di sisi Islam.

5.MENGAJAR DAN MENUNTUT ILMU MENGHAPUSKAN DOSA SERTA MEMPERMUDAH JALAN KE SYURGA
Selain itu, dengan Ilmu,jalan seseorang itu untuk menuju ke Syurga akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t, bahkan didalam sebuah hadith ada menyebutkan bahawa orang-orang yang berada di dalam majlis ilmu akan dihapuskan dosa-dosa mereka yang telah lepas kerana mengajar ilmu dan menuntutnya adalah antara penghapus dosa yang paling besar.

0 comments:

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP