Monday, December 24, 2007

Fikrah maddiyyah dan implikasinya kepada politik.


Di antara peranan manusia yang telah ditetapkan oleh Allah ialah khilfah, yang termasuk di dalamnya urusan politik. Maka tiada pemisahan di antara politik dan agama di dalam islam.Dalam jalinan ini, terdapat halangan-halangan terhadap nafsu politik..yang mana membuahkan penyelewengan dan kezaliman.Ianya bukan sahaja dikawal oleh undang-undang negara menurut syariah, tetapi juga oleh aspek spiritual yang dikawal oleh iman kepada benda ghaib seperti ada malaikat yang mengawasi dan mencatit tindak tanduk manusia. Dan yang lebih dari itu lagi, ialah pengawasan Allah yang maha mengetahui segala-galaNya . Seterusnya ada perhitungan dosa pahala,pengadilan hisab mizan dan implikasi yang diterima di akhirat.

Pengaruh maddiyyah yang menghantui manusia hari ini memudarkan keyakinan kepada perkara-perkara tersebut. Di zaman silam raja-raja mengaku menjadi tuhan.mempunyai kuasa mutlak yang bolehbertindak apa sahaja. Dengan sokongan daripada pembesar di sekeliling mereka. Dan rakyat juga dipaksa untuk kepentingan golongan atasan.Segala-galanya berlaku apabila nilai agama yang benar dikira menghalang sisa-sisa kebendaan yang duniawi.

Di zaman moden ini,lahir pula falsafah sekularisme barat yang mempunyai alasan untuk menolak agama kristian..kerana ianya tidak mampu berdepan dengan arus fahaman kebendaan (materialisme) terutamanya oleh perkembangan revolusi industri di eropah. Dan juga oleh paderi-paderi yang menyalah-gunakan agama untuk kebendaan sehingga berlakunya pertembungan di antara gereja dan istana. Perkara ini telah mempengaruhi perubahan besar besar dalam arena politik,ekonomi dan masyarakat di barat.sehingga melahirkan bermacam-macam ideology. Semuanya berdasarkan maddiyyah (materialisme).

Adapun agama menjadi simbol tampilan sahaja atau ditiadakan.sehingga umat islam juga terpengaruh dengan ideologi-ideologi bukan islam itu, apabila Negara umat islam dijajah di zaman kelemahan, juga,kerana leka di zaman kegemilangan.Walaupun setelah mencapai kemerdekaan, tetapi penjajahan pemikiran masih berlaku ke atas umat Islam.

Mereka yang dilanda tumpahan moral politik maddiyyah memberi implikasi berlakunya politik wang, menyalahgunakan kuasa, rasuah,dan lain-lain.kerana islam selalu menunjukkan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat secara jelas,dan menjadi penghalang pula untuk memuaskan nafsu politik mereka.

Akhir-akhir ini pula, terdapat satu trend, pendekatan islam kepada fikrah maddiyyah. Seperti menafsirkan nas-nas yang sorih daripada al-quran dan as-sunnah bagi ditundukkan untuk kepentingan politik dan ekonomi semasa, dengan menggunakan hujah-hujah aqliah dalam perkara yang tidak boleh dikesan oleh akal dengan menunjukkan (mewujudkan)istilah baru iaitu (islam yang progmatik). Sehingga ada pula yang berani menganggap bahawa penonjolan perkara dosa pahala dan hari akhirat boleh memberi kesan negative kepada kemajuan umat.ini juga adalah saki baki falsafah kebendaan barat yang diwarisi.

Fikrah maddiyyah menanamkan implikasi politik yang buruk kepada pemimpin dan rakyat. Apabila pemimpin dilantik berasaskan kebendaan, maka kebendaan itu bukan sahaja boleh menjadi tunggak kepuasannya yang menjadi senjata untuk menguasai rakyat tetapi dia juga menguatkan kedudukan kebendaannya dengan menyalahgunakan kuasa.

Adapun rakyat pula, bukan sahaja menjadi rakyat yang leka oleh pengaruh kebendaan itu,tetapi juga menjadikan hubungan dengan pemimpin terlalu rapuh sehingga laksana rapuhnya kekuatan maddiyyah itu.

“dan firaun pula menyeru dengan mengisytiharkan kepada kaumnya katanya ; wahai kaumku bukankah kerajaan mesir ini aku yang menguasainya.dan sungai-sungai ini mengalir di bawah kuasa pemerintahanku. Tidakkah kamu melihat bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya, (nabi musa as) dan yang hamper tidak dapat menjelaskan perkataannya. Kalau betul dia seorang rasul, maka sepatutnya ia dipakaikan oleh tuhannya dengan gelang-gelang emas yang menandakan ia seorang pemimpin atau datang malaikat bersama dengannya sebagai saksi tentang kebenarannya. Dengan yang demikian maka firaun memperbodohkan kaumnya lalu mereka mematuhinya”. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasiq atau fasad.

Di dalam surah al-baqarah, Allah mendedahkan bagaimana kefahaman maddiyyah menguasai politik bani Israel yang berakhir dengan mereka dijajah dan dihina. Dan perjuangan mengembalikan semula maruah mereka hanya oleh segelintir orang-orang yang beriman yang ditaklif dengan menyingkir sebahagian besar mereka yang berdamping dengan kekuasaan maddiyyah lahiriah semata-mata. Maksud firman Allah :

“dan nabi mereka berkata kepada mereka bahawasanya Allah telah melantik thalut menjadi raja kepada kamu.mereka menjawab ‘ bagaimana dia mendapt kuasa memerintah kami,sedang kami lebih berhak,dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya. Dan dia pula tidak mempunyai kelalasan harta. Nabi mereka berkata : “sesungguhnya Allah telah memilihnya (thalut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu penetahuandan kegagahan tubuh badan dan ingatlah Allah jua telah memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah itu maha luas limpah kurnia lagi maha mengetahui.”

Apabila sebahagian besar daripada mereka percaya kepada kekuasaan maddiyyah semata-mata,hanya segelintir sahaja yang yakin kepada pertolongan Allah setelah melakukan ikhtiar dan mencari sebab musabab kebendaan mengikut kemampuan dengan ikhlas,maka segelintir itulah yang menjadi tunggak kemenangan dan kemuliaan bani Israel.

Di mana kisahnya secara terperinci disebut dalam surah al-baqarah. Di mana Allah Taala menguji sejauh mana mentality mereka beriman kepada Allah,dengan mereka melalui padang pasir yang tidak berair dan mereka merasai dahaga yang dahsyat. Lalu mereka diuji dengan sebatang sungaitidak dibenarkan minum dari sungai itu melainkan seteguk sahaja. Tiba-tiba sebahagian besar daripada mereka meminumnya dan menyangka meminum banyak boleh menghilangkan dahaga dan memberi kepuasan. Tiba-tiba mereka yang minum banyak (mengikut tafsir para ulama’) daripada 80,000 hanya 6000 sahaja yang tidak meminum dan mengikut satu riwayat hanya313 orang sahaja yang tidak minum dengan banyak.yang bakinya minum dengan banyak.tiba-tiba mereka yang minum banyak itu menjadi bacul,penakut dan pengecut kerana tidak mempunyai aqidah yang kuat sehinggalah segelintir yang mempunyai aqidah yang kuat yang meneruskan perjuangan yang berakhir dengan kemenangan yang diberi oleh Allah SWT. Tidak dinafikan bahawa, maddah (kebendaan) adalah suatu yang perlu, tetapi dia merupaka alat dan bukan menjadi dasar dan prinsip.


Hanya mereka yang ikhlas sahaja menyumbangkan kebendaan mengikut kemampuan yang ada pada dirinya. Orang-orang yang tidak ikhlas tidak memberi sumbangan penuh mengikut kemampuannya. Maka mereka tidak layak mendapat pertolongan daripada Allah SWT. As-syahid Sa’id Qutb pernah menyebut dalam beberapa buku beliau,dengan menyatakan bahawa pertarungan di antara golongan islam dengan golongan jahiliyyah, tidak dinafikan kekuatan maddah adalah sesuatu yang penting.tetapi menjadi kelaziman kebendaan di kalangan islam tidak sama dengan kebendaan yang ada di kalangan musuh-musuh islam. Tetapi Allah SWT menampung,memberi kemenangan dengan pertolongan daripadaNya apabila golongan islam menyumbang seluruh kekuatan maddah yang ada pada mereka berasaskan keikhlasan yang dilahirkan mengikut kemampuan yang tidak boleh disembunyikan kepada Allah SWT.


Kesimpulan:

1.fikrah madiyyah menjadikan pemimpin berani melakukan penyelewengan, penipuan dan kezaliman terhadap rakyat.sanggup melakukan apa sahaja, demi mendapatkan kekayaan..kebendaan menjadi matlamat mereka.

2.fikrah madiyyah menjadikan rakyat tidak mahu bertindak menentang kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah. Mereka hanya memikirkan makan, minum, rumah, dan kepentingan peribadi sahaja.Mereka takut untuk menegur pemerintah demi kepentingan periuk nasi mereka.Kerana mereka beranggapan rezki itu di tangan makhluk. Bahkan ada di kalangan rakyat yang sanggup membantu dan menyokong pemimpin yang berpegang dengan fahaman ini,demi meraih hasil yang lumayan daripada mereka.

3.terdapat golongan yang hanya meng ‘highlight’ Islam pada aspek ekonomi dan kemajuan sahaja.Hanya melaksanakan Islam pada perkara-perkara yang mendatangkan hasil sahaja. Dan mengabaikan sebahagian yang lain.

“Rosaknya ulama’ disebabkan harta dan pangkat, rosaknya rakyat disebabkan pemerintah..”
-Imam al-Ghazali-

1 comments:

محمد حكيمى بن عبد المطلب August 30, 2010 at 6:04 PM  

salam..syukran atas penjelasan yg baik.. at tayyarat al fikriah.. :-)

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP