Friday, August 7, 2009

TEMUDUGA JAWATAN KOSONG

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Read more...

Thursday, July 9, 2009

ABI BERBICARA N BERPESAN

As Salamu 'alaikum wr wb

Islam adalah DIN iaitu jalan kehidupan di dunia hingga ke akhirat. Hari akhirat juga dipanggil YAUMUD DIN iaitu Hari Pembalasan. Pembalasan di hari itu berdasarkan cara hidup atau DIN yang diamalkan di dunia. Oleh itu, manusia tidak ada pilihan melainkan di dunia ini mengambil Islam sebagai cara hidup dan hidup mesti menjadi perjuangan untuk keselamatan dan kebahagiaan di akhirat nanti.

Maksud FIRMAN Allah Azza wa Jalla:

Barangsiapa yang mengambil selain Islam sebagai agama, tidak akan diterima apapun darinya dan ia di akhirat tergolong orang yang rugi

( Ali Imran : 85)

Justeru, hidup adalah suatu perjuangan. Seluruh pegangan, amalan, pandangan dan pengorbanan mestilah untuk ISLAM. Belajar, bekerja, mencari nafkah, membina rumahtangga dan apa sahaja yang dilakukan dalam kehidupan mestilah menjadi satu perjuangan dan sudah pastinya berlandaskan ISLAM.

Maka tidak timbul jika kefahaman ini ada dalam diri kita, pandangan yang mengatakan bahawa untuk fulltime dengan perjuangan hanya bila mana seseorang itu bekerja sepenuh masa dengan jamaah semata-mata. Memang bagi mereka yang bekerja sepenuh masa dengan jamaah ada kelebihannya tersendiri. Namun bekerja sepenuh masa untuk Islam dan perjuangannya masih boleh dihayati oleh siapa sahaja yang benar-benar menjadikan Islam dan perjuangannya sebagai keseluruhan corak hidup dan corak matinya.

Maksud FIRMAN Allah 'Azza wa Jalla :

"Katakanlah (wahai Muhammad):"Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan rasulnya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan,dan kamu akan dikembalikan kepada zat (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

(At-Taubat: 105)

Wallahu a'lam

Copy dari abi punye blog..http://takwinfardilmuslim.blogspot.com

Read more...

nak tulis tak reti..

salam.penziarah yg budiman,saya tak larat nak mengisi post.cume jalan2 dari blog ke blog,terhenti kat web Syeikh Ali Jumaah.Antara guru yg saya jarang miss muhadharahnya di masjid sultan hassan n masjid azhar.n skarang saya da miss coz balik malaysia.hu2.so bace lah kalo tak nampak bole zoom tekan (ctrl+scroll mouse).
sebaik2 perkara yang dipertengahan.apa erti wasatiyah?

bentuk2 wasatiah dalam quran dari sudut taklif atau tanggungan yg kita perlu pikul:
1.ilmu
2.amal
3.bersatu
4.ta'aruf atau saling berkenalan.

inilah kemulian yg Allah SWT berikan kpd umat Muhammad SAW.Ummattan Wasata umat yg terbaik.tugas kitalah untuk memenuhi piayawaian yg digariskan untuk menjadi umat yg terbaik.kita menjadi saksi dan kita disaksikan.

Wallahu 'alam.

Read more...

Erti Wasatiah..


الوسطية ماذا تعني ؟
الإمام العلامة علي جمعة

كلمة الوسطية في الإسلام أُخذت من قوله تعالى : {وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا} [البقرة:143] وهذه الآية تجعل الوسط في مكان عال يستطيع منه الراصد أن يشاهد من تحته, وأن يشاهدوه أيضًا في نفس الوقت، وهذه الحالة تذكرنا بمن كان في أعلى الجبل؛ وحيث إن المسافة من الوادي إلى قمة الجبل صعودا تساوي تقريبا المسافة من قمة الجبل إلى الوادي وراء هذا الجبل هبوطا، فيمكن أن يصدق على الواقف على قمة الجبل أنه يقف في وسطه.
ويؤكد هذا المعنى أن كلمة الوسط في لغة العرب تطلق على الخيار، وعلى [الأعلى] كما في قول رسول الله -صلى الله عليه وسلم- في وصفه للجنة (والفردوس أعلى الجنة وأوسطها) [رواه الترمذي]، وقوله (فإذا سألتم الله عز وجل فاسألوه الفردوس فإنه أوسط الجنة وأعلى الجنة)[مسند أحمد] .ويزيد في التأكيد ما ذهب إليه المفسرون في تفسير قوله تعالى : {مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ } [المائدة:89] أي من أعلاها.


وكلمة شهيد على وزن فعيل في لغة العرب، وهو وزن يفيد معنى اسم الفاعل ومعنى اسم المفعول جميعا، وعلى ذلك فشهيد معناها شاهد ومشهود، فهو يشاهد من في الوادي وأيضا يشاهده من في الوادي، وإذا نقلنا هذا المعنى من الحالة الحسية إلى الحاسة الحضرية، فإنه يجب على الأمة وجوبا محتما أن تشارك في الحضارة الإنسانية، وأن يكون لها الريادة والقيادة، وأن لا تمنع نفسها عن العالم بعزلة أو تقوقع، وعلى ذلك فنسقها الحضاري الثقافية نسق مفتوح، ومن هنا جاءت فكرة أمة الإجابة وأمة الدعوة عند الإمام الرازي؛ حيث إن المسلمين يعتقدون أن كل الأرض هي أمتهم إلا أن بعض البشر قد آمن بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم، وبعضهم لم يؤمن، فمن آمن أسموه بأمة الإجابة، ومن لم يؤمن أسموه بأمة الدعوة، فهم في حالة شهادة دائمة، ومشهودية دائمة، يأخذون ويعطون في حراك مستمر، أو هكذا أوجب الله عليهم.


إن هذا النسق المفتوح يفرض علينا أن نفهم العلاقة بين التكليف والتشريف، فالآيات التي تشرف الأمة وتعلي قدرها هي في ذات الوقت تكليف لها، فقوله تعالى : {وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ} [المؤمنون:52]. تشريف وتكليف، {كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ المُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ المُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الفَاسِقُونَ} [آل عمران:110] .
تشريف وتكليف. وقوله تعالى هنا بالوسطية تكليف وتشريف. وإسجاد الملائكة لآدم تشريف وتكليف؛ حيث إنه قد كلف بالعلم وتحصيله وبعمارة الأرض وبتقوى الله.
والسؤال الآن كيف ننفذ هذا التكليف حتى نصل إلى هذا التشريف ؟


ملامح الوسطية في القرآن باعتبارها تكليفًا تتمثل في : العلم وأساسه {إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ العُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ} [فاطر:28] {اقْرأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ} [العلق:1]، {وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا} [طه:114] ، {نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَّن نَّشَاءُ وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ} [يوسف:76]، {فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ} [التوبة:122]، {قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الأَلْبَابِ} [الزمر :9]، {فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ} [النحل:43]
والعمل وأساسه : {وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ} [التوبة:105] {هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ الأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّى قَرِيبٌ مُّجِيبٌ} [هود:61] أي طلب منكم عمارها وما لا ينحصر من الآيات والأحاديث. والاتحاد وأساسه : {وَلاَ تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ} [الأنفال:46]، {وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ} [آل عمران:103]، {إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ} [الأنبياء:92] والتعارف بين الخلق وأساسه : {يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ} [الحجرات:13].


- ولعله من المفيد أن ندرس خطاب سيدنا علي بن أبي طالب –كرم الله وجه- إلى مالك بن الأشتر حينما أمره بالذهاب إلى مصر لولايتها وإن لم يكن قد وصل إليها، ويؤخذ منه ملامح هذا التكليف الذي يرقى بنا إلى مرتبة الوسطية.

Read more...

Wednesday, June 10, 2009

DUA GOLONGAN DAN TEMPAT MEREKA DI AKHIRAT


FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM SURAH AN-NAZI’AT AYAT37-41 MAKSUDNYA:



37.MAKA ADAPUN ORANG YANG MELAMPAUI BATAS,


38.DAN LEBIH MENGUTAMAKAN KEHIDUPAN DUNIA,


39.MAKA SESUNGGUHNYA NERAKALAH TEMPAT TINGGALNYA..


40.DAN ADAPUN ORANG-ORANG YANG TAKUT KEPADA KEBESARAN TUHANNYA DAN MENAHAN DIRI DARI KEINGINAN HAWA NAFSUNYA,


41.MAKA SESUNGGUHNYA SYURGALAH TEMPAT TINGGALNYA..



Wahai pembaca budiman,letakkan diri kita di kalangan orang-orang yang takut kpada Allah n membesarkanNya ,jauhkanlah diri kita daripada berada di kalangan orang-orang yang melampaui batas dan melebihkan dunia sahaja n mengabaikan akhiratnya.

Sesungguhnya al-Quran itu merupakan petunjuk bg orang-orang yang bertaqwa..

Read more...

Saturday, June 6, 2009

Gambar bersama Guruku Yang Banyak Membimbingku di Mesir


Syeikh Ahmad Hajain..Guruku,Murabbiku di mesir..
Lokasi gambar diambil:Masjid Sultan Hasan
Tarikh dan Hari:5hb Jun 2009,Jumaat

Read more...

Usah Bezakan Ulamak dan Profesional-Blog Tok Guru (klik untuk baca)


Ulasan tok guru..tentang isu ini.Bertanyalah org yang tahu sekiranya kamu tidak tahu.Pengasingan antara ulamak dan profesional ini, berlaku juga hasil daripada penjajahan barat yang mengasingkan agama dan politik. Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut..inilah kesan daripada sistem sekular di negara kita.Ikuti apa komen tok guru tentang isu ini..

Read more...

Friday, June 5, 2009

Islam Dan Hujah



Ada mata lihat,ada telinga dengar,ada akal fikir,ada hati nilai,ada agama amal dan pelihara..

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 111: Katakanlah (wahai Muhammad) datangkanlah dalil sekiranya kamu adalah orang-orang yang benar.

Read more...

Siri Muwasofat Tarbiyyah 1 (klik untuk sumber asal)

سليم العقيدة
AQIDAH YANG SEJAHTERA


Mempertahankan Aqidah Sehingga Akhir Hayat

من مات لا يشرك بالله شيئا دخل الجنة

رواه أحمد عن ابن مسعود


“Barangsiapa mati dalam keadaan tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu pun, maka ia akan masuk syurga”

HIKMAH TARBAWIYYAH

1. “Barangsiapa mati”..menunjukkan suatu pesanan agar kita meraih husnul khatimah dan menghindari diri dari su’ul khatimah ketika kematian datang menjemput kita.

2. “..mati dalam keadaan tidak menyegutukan Allah..” ini mengisyaratkan kita agar menjadikan kehidupan kita jauh dari segala unsur kesyirikan.Juga kita mestilah sentiasa dalam keadaan bertaubat supaya jika kematian datang maka kita bersih dari kotoran dosa.

3. ”...tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu pun..” Syirik besar menggugurkan iman dan syirik kecil mengurangkan kesempurnaan iman. Maka jauhilah ia sekuasamu.

4. ”..Maka ia akan masuk syurga..”. Inilah harapan dan cita-cita setiap muslim mukmin. Tidak ada yang lain diharapkan di penghujung perjalanan hidup melainkan kesenangan di syurga yang abadi.

Wallahu a’lam

ABi..
http://takwinfardilmuslim.blogspot.com

Read more...

Kepada Siapa Kita Perlu Taat?

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang beriman!Taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan ulil amri di antara kamu.Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu,maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah),jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.Yang demikian lebih utama bagi kamu dan lebih baik akibatnya.

Sabda Rasulullah: Ulamak pewaris Anbiya'.
Berkata ibnu Abbas ra. "Ulil Amri adalah ULAMAK."



FirmanNya lagi:

Dan apabila sampai kepada mereka suatu berita tentang keamanan dan ketakutan,mereka langsung menyiarkannya.Padahal apabila mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil amri di antara mereka,tentulah orang-orang yang ingin tahu kebenaran akan dapat mengetahuinya secara rasmi, dari mereka(Rasul dan ulil amri).Sekiranya bukan kerana kurnia Allah tentulah kamu mengikut syaitan ,kecuali sebahagian kecil sahaja di antara kamu.

Ambillah ilmu daripada tempatnya..

Wallahu A'lam.

Read more...

Tuesday, June 2, 2009

Seloka hati..untuk pejuang


Matlamat satu jalannya beribu..
Mencari reda tuhan yang satu..
Mari bersatu saling membantu..
Usah menyalah, lagikan berpecah..
Itulah punca timbulnya fitnah..
Agama itu adalah nasihah..
Bukti mukmin adalah ikhwah..
Terimalah ia dengan hati yang lapang..
Tegur itu tanda kita sayang..

Read more...

Thursday, May 28, 2009

Peringatan Bagi Mereka Yang Cintakan Tuhan


Berlaku Taat Kepada Allah

Wahai pembaca yang budiman,bagi mereka yang cintakan Allah,
Hendaklah kita bersungguh-sungguh didalam melaksanakan ketaatan kepada Allah Azza Wa Jalla pada setiap gerak-geri kita. Dengan mengambil setiap jalan atau penyebab yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah dan mendapatkan reda-Nya. Dan semua itu,kita lakukan dalam keadaan kita bersungguh-sungguh melepaskan diri kita dari kedurhakaan dan dari sebab-sebab kemurkaan Allah dan kebencian-Nya.

Bentuk-bentuk Ketaatan

1. Mengenali tuhan dengan pengenalan akliah yang betul dan meninggalkam segala perkara yang mendedahkan kita daripada perkara syirik.
Rasulullah SAW telah mengkhabarkan kepada kita bahawa amalan yang paling disukai Allah Azza Wajalla untuk seorang hamba mendekatkan diri dengannya ialah amalan yang telah difardukan ke atasnya.

Dan tetap serta istiqamah di atas aqidah tauhid adalah sebesar-besar kefarduan yang telah difardukan oleh Allah Azza Wajalla ke atas hamba-Nya.Firman Allah SWT di dalam surah an-Nahl ayat 36 bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah saja,dan jauhilah thaghut itu.” Dan di dalam surah an-Nisaa’ ayat 48 bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik,dan Dia mengampuni segala dosa selain dari syirik itu.

2. Hendaklah menunaikan segala yang diwajibkan atasmu dari segala fardu ain.
Allah SWT tidak mentaklifkan dengan sesuatu dari perkara fardu melainkan ialah untuk mengislah atau membaiki dengannya hati kita, supaya kita keluar selepas mengerjakan amalan-amalan iitu dalam keadaan hati yang sejahtera dari segala penyakit.Sabda rasulullah SAW bermaksud:

“Perumpamaan sembahyang lima waktu adalah seperti sungai yang bersih lagi melimpah di depan pintu rumah seorang daripada kamu,kamu mandi di dalamnya setiap hari sebanyak lima kali,maka adakah kamu dapati daripada perbuatan itu akan masih berkekalan kotorannya?Sahabat menjawab: Tidak akan kekal suatu pun.Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya solat lima waktu itu menghilangkan dosa-dosa seperti air menghilangkan kotoran.”

3. Kemudian hendaklah kita mengamalkan amalan-amalan sunat sekuat kemampuan.
kerana ia adalah sebab yang akan mendatangkan kasih Allah kepada kita.Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Berkata Allah SWT: Tidak ada perbuatan mendekatkan diri kepadaKu oleh orang-orang yang mendekatkan diri itu dengan amalannya seumpama apa yang telah aku fardukan keatas mereka,dan sentiasalah seorang hamba itu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mengasihinya.

Petikan intipati daripada risalah Tanbih ‘an Dholal liman Arada zal-Jalal, susunan al-Fadhil Ustaz Haji Zulkifli Haji Ismail,Guru Ugama Pondok Baitul Qurra’ wal ‘Ilmi.

Read more...

Monday, May 25, 2009

Unsur-Unsur Tarbiyah Dalam Pilihanraya..(sila klik untuk baca dari artikel asal)



Mari kita nilai sejauh mana pilihanraya ini menjadikan diri kita ini semakin dekat dan bertambah kebergantungan diri kita dengan allah atau sebaliknya.NAK MENANG? mesti mengambil asbab atau faktor2 membawa kemenangan.kemudian bertawakal.itulah SUNNAH NABI SAW.

Berkata Syeikh Sya'rawi" Jawarih ta'mal wal qulub tatawakkal" Anggota kita bekerja dan hati kita tawakkal dan bergantung pada Allah.Itulah hakikat tawakal.

Sila baca unsur2 tarbiyah dalam pilihanraya..pilihanraya juga merupakan wasilah kita untuk mendekatkan diri kita dengan Allah.Mari perbaiki diri,amal dan sama-sama bekerja untuk Islam.

http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/2009/05/unsur-unsur-tarbiyah-dalam-pilihanraya.html

Read more...

Friday, May 15, 2009

Siapa yang tiada Adab,Maka tiadalah Ilmu baginya..


Sekiranya kamu Alim,


Adab orang alim ialah:

Luas pandangan,sentiasa berlemah lembut,duduk dengan haibah atau rasa hormat dan maruah sambil menundukkan kepala, tinggalkan serta jauhkan takabbur atas semua orang kecuali atas sebab kezaliman,sebagai menghalang dan mencegah kezaliman itu,sentiasa membanyakkan tawaduk di dalam majlis2,tinggalkan jenaka yg melampau2, lembut bersama pelajar2,membaiki atau mendidik org jahil dengan sebaik2 petunjuk,dan tinggalkan marah atas mereka,tinggalkan rasa malu untuk bercakap "tidak tahu" pada perkara yg tidak tahu,dan layani dgn penuh hemah kepada org yg bertanya,usaha memahami kehendak yg bertanya, menerima hujah,tunduk kepada yang hak dengan kembali kepada yg hak ketika kekeliruan dan kesalahan, halang pelajar2 daripada semua ilmu yg memudaratkan mereka,dan tegah mereka menuntut ilmu yang bermanfaat dengan niat selain kerana Allah taala, sekat pelajar2 daripada sibuk dengan perkara fardu kifayah sebelum selesai perkara yg fardu ain, termasuk dlm fardu ain mereka ialah,membaiki luaran dan dalaman dengan TAKWA, supaya pelajar itu meneladani perbuatan gurunya dan mengambil faedah daripada perkataan gurunya.



Sekiranya kamu Muta’allim (Pelajar)

Maka adab org yg mengaji dengan gurunya ialah:

Mulakan dengan salam apabila bertemu,kurangkan bercakap ketika bersamanya,jangan bercakap apa yang tidak disuruh oleh gurunya,jangan bertanya sesuatu sebelum minta izin terlebih dahulu,jangan berkata perkara yg bercanggah dengan apa yg guru sebut seperti berkata, “Si fulan cakap berlawanan dengan apa yang kamu katakan”, jangan tunjukkan atas guru perbezaan pendapat kita,dan marasa dial ah yg lebih tahu perkara yg lebih betul daripada gurunya,jangan berbual di dalam majlisnya,jangan banyak bergerak di dalam majlisnya sebagai adab dengannya,jangan banyak bertanya ketika guru sedang berasa malal (bosan), apabila guru bangun,maka bangunlah menghormatinya,jangan mengikut atau berjalan bersama guru dengan banyak cakap dan soal,jangan bertanya kepada guru hinggalah sampai ke tempatnya, jangan bersangka buruk pada guru pada perbuatan yg zahirnya seperti bercanggah dengan apa yang kita tahu,sedangkan guru itu lebih tahu rahsianya daripada kita..

Petikan daripada buku BIDAYATUL HIDAYAH(Permulaan Hidayah).Karangan Imam Hujjatul Islam,Abi Hamid Al-Ghazali.

Jumaat,11:55am.
20Jamadil Awwal 1430,bersamaan 15mei 2009.

Read more...

Wednesday, April 29, 2009

Bukti kita cinta Allah dan Rasul Dengan Mengikut apa yang Rasul bawa..


Bukti kita cinta Allah dan Rasul Dengan Mengikut apa yang Rasul bawa..

Allah taala mengikat kecintaan hamba kepadaNya dengan mentaati rasul n apa yang dibawa baginda iaitu disebut sebagai syariat.Benarlah firman Allah taala

Katakanlah wahai Muhammad Sekiranya kamu cinta kepada Allah maka ikutlah aku(baginda) Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu.

Seorang ulamak menyebut kadar kecintaan Allah kepada kamu adalah mengikut banyak mana kadar kamu mengikut Rasulullah SAW dan apa yang baginda bawa.Nah, adakah kamu tidak percaya dengan al-quran?Kalamullah yang pasti..Masih lagi mempunyai konflik dalam diri tentang cara hidup yang terbaik?Masih berfikiran org yang menghidupkan sunnah ini berfikiran kolot?orang yang mengikut syariat ini tidak ke mana,tidak maju?Apakah kemajuan yang kita cari selama ini?semata-mata kebendaan atau madiah?Atau kemajuan yang diiktiraf oleh Allah subhanahu taala yang boleh menyelamatkan kita di akhirat?Pilihlah dengan hati dan bukan hawa nafsu.

Kita telah diajar sejak kecil lagi bahawa para anbiya’ alaihissalam wajib secara akal bersifat benar.Mustahil secara akal (akal tak boleh terima) bahawa Nabi itu bersifat bohong.Kerana bohong Nabi akan melazimkan bohonglah perkhabaran Allah yang mengutuskan mereka serta membenarkan mereka dengan mukjizat.Jadi apa yang dibawa Rasul adalah wahyu dari Allah.Allah taala mengutuskan Rasul kepada kita untuk mengajar kita ayat-ayat Allah,untuk menyucikan jiwa kita,dan mengajarkan hikmah dan perkara-perkara yang kita tidak tahu,iaitu antaranya perkara yang ghaib, dan lain-lain.Dan Rasul juga merupakan contoh ikutan yang baik (uswah @ qudwah hasanah) kepada manusia khususnya.Jadi ukuran baik dan buruk kita nilai berdasarkan apa yang dibawa dan diajar rasul.Sekiranya kita mengikut rasul maka kita hukumkan sebagai baik,kalau kita tidak mengikut dalam erti kata ingkar rasul maka dihukum sebagai buruk atau jahat.Begitulah sebagaimana di sisi ahlus sunnah disebut bahawa tahsin wa taqbih syar’an. Bercanggah dengan muktazilah yang menyatakan tahsin dan taqbih ‘aqla.bole rujuk kitab usul fiqh.

Bagaimana kita dapat memenuhi tuntutan ini untuk membuktikan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul? Bagaimana kita hendak mengikut Nabi kalau kita sendiri tidak tahu ajaran Nabi?Benarlah kata yang menyebut tak kenal,mana mungkin melahirkan perasaan cinta .

Al-quran menyebut, bertanyalah org yang mengetahui,sekiranya kamu tidak tahu.Siapa kah mereka yang tahu tentang nabi dan ajaran baginda?Nabi menyebut ulamak adalah pewaris anbiya’.Ulamak pula mempunyai martabat-martabat berdasarkan ketinggian ilmu dan bidang masing-masing. Satu disiplin ilmu, ambillah suatu ilmu itu daripada ahli bidang ilmu tersebut.Tidak ada di dunia ini orang yang tahu tentang semua perkara.Ilmu Allah itu luas dan tidak kenal perkataan berakhir..Jadi, kita belajar dengan bukan ahli bidang tersebut merupakan satu kesilapan besar yang ramai tidak perasan dan mengabaikan.Orang yang tidak ada ilmu dlm satu bidang dan tidak tahu kaedah2 tentang ilmu tersebut,hanyalah akan menambahkan kecelaruan apabila mereka bercakap.

Sebagai contoh..seorang doctor ingin membaiki kapal terbang atau seorang mekanik ingin membedah pesakit.Bukankah akan mengakibatkan malapetaka lebih besar?Sama ada kapat terbang itu rosak terus,rugi berjuta-juta,atau boleh terbang sebentar di udara kemudian jatuh terhempas,mengorbankan banyak nyawa, kemudian pesakit yang dirawat oleh mekanik tersebut mungkin bertambah teruk sakitnya dan boleh jadi mati. Begitulah dengan agama ini.Agama milik semua, tetapi Islam melarang kita bercakap,atau melakukan suatu yang kita tidak tahu.Bila ada masalah berkaitan agama rujuklah ulamak di bidang tersebut.bukan kita berjumpa orang yang bukan ahli dalam bidang tersebut.

Penting: dalam masalah yang berkaitan dengan tempat,keadaan atau situasi,zaman. maka rujuklah ulamak yang tahu tentang keadaan tempat tersebut atau ahli bidang tersebut.kaedah menyebut,hukmu ‘an syai far’un an tasawwurihi.rujuk kitab usul fiqh.

Kesimpulannya,untuk membuktikan kita cinta Allah dan Rasul kembalilah kepada Ilmu.Ilmu itu adalah agama..sesungguhnya ilmu itu dengan ta’allum atau belajar.ambillah ilmu itu drpada ulamak pewaris nabi.Hanya sesungguhnya yang takut kepada Allah itu adalah ulamak.

Wallahu a’lam
Katabtu 29hb 4 2009..11.00pm

Read more...

Tuesday, April 28, 2009

Ilmu Sebelum Bercakap@menulis dan Beramal



Islam mengajar kita supaya mempunyai ilmu sebelum bercakap n beramal..agama islam sangat menekankan persoalan ilmu.islam itu adalah ilmu.apa itu ilmu? Ada 3 rukun ilmu iaitu mestilah jazam atau pasti (100%), bertepatan dengan perkara yang sebenar atau yg hak, dengan dalil.maka dengan terhimpun ketiga2 rukun ini,barulah dinamakan ilmu..


Jadi,yang pertama yakin.perkara yang tidak yakin,disebut zon..syak dan waham.di dalam persoalan aqidah hanya perkara yang yakin sahaja dikira n diterima.adapun di dlm permasalahan fiqhiah, kaedah menyebut al-mazinnah tunazzal manzilatal mainnah..dan apabila perkara yakin dan zon bercanggah maka kita ambil perkara yang yakin..boleh rujuk kitab2 usul fiqh.


Kemudian, ilmu itu mestilah selari dan bertepatan dengn yang hak atau perkara yang sebenar..sekiranya tidak bertepatan maka tak dikira sebagai ilmu walaupun dengan yakin tetapi dikira sebagai jahil.apa itu jahil? Tidak tahu perkara yang sebenar.jika kita memang tak tahu perkara sebenar sahaja.mudah..cukup ada org beritahu shj.ini dinamakan jahil yang ringan.

tapi kalo kita yakin dengan perkara yang salah..dan kita berasa apa yang kita yakin itu betul..dan kita tak rasa kita ni jahil walhal apa yang kita yakini itu adalah bercanggah dengan perkara yang sebenar..maka ini adalah masalah yang berat..dinamakan juga sebagai jahil yang tersusun.atau yg berat.kita perlu mencari dulu bukti kebatilan apa yg kita yakini kemudian baru mencari apa perkara yang sebenar..perlu berlapang dada n bersedia menerima kebenaran..

imam al-ghazali menyebut: siapa yang tidak tahu(jahil) dan tidak tahu bahawa dia itu jahil,maka org yang macam ini perlu dan mesti dijauhi..

pandangan penulis,mereka ibarat penyakit yang cepat merebak n menjangkiti org lain.bagi doctor atau mereka yang mampu merawat penyakit ini pun mesti berhati2 supaya tak dijangkiti.adapun bg org awam yg tidak tahu ttg penyakit tersebut n ubatnya lebih2 lagi perlu menjauhi mereka ini.apatah lagi jgn memandai cube merawatnya dlm keadaan kita juga jahil tentang penyakit tersebut..kerana bole mengakibatkan penyakit itu bertambah teruk..

kemudian dengan dalil..ilmu mesti ada dalil.atau bukti.bg kita org islam dalil atau sumber ilmu kita iaitulah al-quran,assunnah,ijma’ dan qias..semuanya ada syarat n cara memahami penggunaan dalil tersebut.agama islam adalah agama yang teliti.tidak mengajar umatnya terburu2 menghukum sesuatu.sekiranya tidak tahu,maka kata tidak tahu.dan jika tidak tahu bertanya kepada yang tahu..itulah displin ilmu.yang semakin diabaikan oleh ramai di kalangan kita.


Maka kepada pembaca dan budiman,berfikirlah sebelum berkata dan menulis.adakah ianya ilmu atau sebaliknya.pastikan ada mempunyai ilmu sebelum bercakap dan beramal..menulislah kerana allah,maka ia dikira sebagai ibadah.jangan cenderung kepada hawa nafsu maka akan binasalah kamu.

Dicoret pada,
Rabu,29April 2009 jam 6:22pagi,Kaherah

Read more...

Monday, April 27, 2009

salam perjuangan..beristiqamahlah sebagaimana kamu diperintahkan

Read more...

Gerakan Islah dan Dakwah,serta Harakah Islamiyyah


Muqaddimah

Sesungguhnya dakwah kepada Allah merupakan tugas para anbiya’ alaihimussalam. Mereka ini merupakan pilihan Allah dari kalangan hamba-hambaNya. Dakwah ini juga merupakan tugas pewaris dan pengganti para anbiya’ iaitu para ulama’ amilin dan pendakwah yang benar-benar ikhlas dari kalangan umat Muhammad SAW.Kerja ini merupakan sebaik-baik pekerjaan selepas beriman kepada Allah SWT dan selepas berpegang teguh dengan manhaj yang lurus kerana hasilnya adalah menunjukkan kepada manusia jalan yang benar, menyeru manusia cinta kepada kebaikan, membebaskan diri daripada kebatilan dan kejahatan serta membawa manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya.

Sebagaiman firman Allah SWT,

“Siapakan yang lebih baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan dia berkata dengan penuh bangga bahawa dia adalah dari kalangan orang-orang Islam

Pengislahan Dalam Islam

Pengislahan menurut keterangan al-Quran dan Sunnah merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan. Berdasarkan syariat, pengislahan kepada masyarakat Islam merupakan fardu kifayah manakala pada individu pula pengislahan diri adalah fardu ain. Dalam bahasa al-Quran pengislahan diri ini disebut sebagai taubah, manakala pengislahan masyarakat dipanggil amar makruf nahi mungkar.

Pengislahan dalam Islam merupakan satu perubahan yang menyeluruh mencakupi segenap lapangan kehidupan manusia.

Dakwah dan Kewajipan Menyampaikannya

Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.Yang demikian hanya tercapai dengan membuat penyerahan diri sepenuhnya, memberi ketaatan yang menyeluruh,dan mencurahkan kecintaan yang sehabisnya bagi Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.

Ketahuilah bahawa dakwah kepada Islam pada zaman sekarang merupakan suatu kewajipan dan kemestian ke atas setiap umat Islam baik tua, muda, lelaki mahupun wanita, besar atau kecil. Semuanya mempunyai tugas dalam dakwah mengikut kemampuan dan keadaan. Sebagaimana perintah Rasulullah SAW ke atas umatnya yang menyuruh kita semua menyampaikan sesuatu daripada Baginda walaupun satu ayat.

Firman Allah SWT

71. Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

110. Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Ayat lain Allah SWT berfirman,

“Hendaklah ada di kalangan kamu satu kelompok atau golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Mereka itu adalah orang-orang yang berjaya.”

Allah SWT memerintahkan kepada kita supaya mewujudkan satu ummah atau jemaah yang terdiri daripada ulama’ pendakwah sebagai petugas yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.

Kelebihan Pendakwah

1.Mereka adalah sebaik-baik ummat manusia.

2.Menjadi saksi ke atas manusia di hari kiamat kelak kerana mereka telah menjalankan amanah menyampaikan Islam kepada manusia.

“Dan demikian kami telah jadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu.”

3.Mereka adalah orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

4.Merupakan manusia yang sebaik-baik perkataannya.


5.Mereka adalah pewaris anbiya’
العلماء ورثة الأنبياء

6.Ketaatan kepada pendakwah dan ulamak pada martabat ketiga selepas Allah dan Rasul.

“Wahai orang-orang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri dari kamu”
Ibnu Abbas ra. menafsirkan ulul amri adalah ulama’.

Sifat dan cirri-ciri yang perlu ada pada pendakwah.

1.Iman.

Pendakwah perlu yakin bahawa Allah lah yang Mahakuasa,tidak ada yang dapat memberi mudarat dan manfaat ke atas makhluk kecuali dengan izinNya.Iman merupakan senjata bagi pendakwah di dalam berdepan dengan cabaran-cabaran dan kesusahan hidup. Rasulullah SAW bersabda

“Jagalah (hak)Allah,pasti Allah akan menjaga engkau. Jagalah Allah pasti kamu akan mendapatkanNya di hadapan engkau. Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah,jika engkau minta pertolongan mintalah tolong kepada Allah.Ketahuilah sesungguhnya jika umat manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu,mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah kepadamu. Jika mereka berkumpul dan bersatu untuk memudaratkanmu dengan sesuatu,nescaya mereka tidak mampu melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah kepadamu.”
Riwayat at-Tirmizi.Hadis hasan sohih

2.Ikhlas.

Setiap amalan itu diukur dan diterima mestilah terdiri daripada 2 perkara iaitu bertepatan dengan syara’ dan ikhlas kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT

“Mereka hanya diperintahkan menyembah Allah dengan ikhlas mentaatiNya semata-mata kerana menjalankan agama”

3.Berilmu.

Di antara ilmu-ilmu yang asasi lagi penting ialah ilmu Al-Quran dan Sunnah,ilmu aqidah, feqah dan tasawuf, ilmu usul fiqh dan bahasa arab, ilmu sirah dan kefahaman dakwah, ilmu mengenai aliran-aliran semasa.Maka ilmu-ilmu ini wajib dipelajari dan diketahui lebih-lebih lagi oleh petugas dakwah kepada Allah.Sesungguhnya tanggapan ilmu-ilmu yang menyeluruh terhadap ilmu-ilmu Islam yang asasi di zaman ini akan memberikan kefahaman yang betul kepada pendakwah terhadap ajaran dan tuntutan Islam,ketulusan dalam ucapan dan amanah dalam penyampaian dakwah.

4.Berani.

Tidak takut kepada perkara yang hak dan tidak takut kepada selain daripada Allah.

Orang-orang yang menyampaikan risalah Allah mereka takut kepadaNya dan tida merasa takut kepada sesiapa pun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan. Surah Al-Ahzab:39

5.Sabar.

6.Berakhlak dengan akhlak mahmudah dengan mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW. seperti jujur,amanah, berlemah lembut di dalam pergaulan sesame muslim,tegas dengan kemungkaran,tawaduk dan sebagainya.Pendakwah perlu menterjemahkan akhlak Nabi SAW dalam kehidupan mereka supaya menjadi contoh kepada manusia sekeliling.

Bagaimana Cara Berdakwah

1.Kajian dan suasana sekeliling (biah)
Pendakwah hendaklah belajar tentang tempat yang ingin mereka sampaikan dakwah kepada mereka.Hendaklah tahu masalah, kerosakan dan penyelewengan secara mendalam dan mengkaji uslub yang sesuai dengan akal dan kefahaman mad’u.

2.Mengikut asas dan cara berkomunikasi yang diajar oleh Rasulullah seperti:
1.Menggunakan bahasa yang mudah difahami
2.Tidak melampau-lampau,terlalu panjang dan membosankan.
3.Bercakap bersesuaian dengan tahap akal mereka. Sabda rasulullah,

أمرنا أن نحدث الناس على قدر عقولهم
“Kita disuruh untuk bercakap dengan manusia berdasarkan tahap akal mereka.”

3.Mulakan dengan yang lebih penting
Pendakwah hendaklah mengetahui perkara yand perlu didahulukan dan perkara yang perlu dikemudiankan.Menerangkan perkara yang asas sebelum perkara yang cabang (furu’), akidah sebelum ibadah,ibadah sebelum cara hidup,perkara umum sebelum yang khusus dan lain-lain secara berperingkat.

4.Jauhi perkara-perkara khilaf dalam masalah fiqh.
Pendakwah hendaklah mengetahui mazhab-mazhab fiqh lain yang muktabar supaya mereka tidak mengingkari orang lain yang berbeza mazhab pada perkara yang tidak patut diingkari.Imam Nawawi rahimahullah berkata, Pada masalah-masalah khilaf kita tidak boleh ingkar atau menafikannya,akan tetapi digalakkan dan disunatkan keluar daripada khilaf.Kaedah menyebut

الخروج من الخلاف مستحب
Keluar daripada khilaf mustahab

Hendak mengambil jalan yang menyatukan umat,bukan perpecahan dan permusuhan sesame manusia.Imam Hasan Al-Bana berpesan, “Kita amalkan perkara yang kita sepakati dan kita terima satu sama lain pada perkara yang kita khilaf padanya.”

5.Gunakan cara yang lembut dan memberi kesan

Maka dengan rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekitarmu. Surah Ali Imran:159

Keperluan dan kemestian Harakah atau Jemaah Islamiyyah

Tugas dan tanggungjawab dakwah yang berat ini dan yang diwajibkan Islam ke atas umat Islam, baik lelaki atau perempuan, tidak mungkin tercapai dengan usaha individu semata-mata tanpa ada satu jemaah yang menyusun dan mengikat usaha individu-individu muslim ini dan membuat perancangan, membuka jalan dan saling membantu. Kaedah menyebut:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya,maka hukumnya adalah wajib.
Maka daripada kaedah ini,tidak sempurna kewajipan dakwah ini melainkan ada satu jemaah yang melaksanakannya,maka hukum wujudnya jemaah juga adalah wajib.

Penutup

Skop perbicaraan dakwah adalah terlalu luas sebagaimana luasnya medan dakwah itu sendiri dalam realiti yang sebenar.Semoga Allah membimbing kita semua menuju keredaanNya.
Wallahu a’lam.

Read more...


anak sedaraku yang pertama..

muhammad firas amsyar

Read more...

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP