Monday, December 24, 2007

Pengertian Jihad: Am Dan Khas

Perkataan jihad mempunyai dua makna dan kedua-duanya digunakan di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Jihad dengan maknanya yang am bermaksud bersungguh-sungguh dalam mencapai apa yang disukai Allah seperti iman dan amal soleh, dan bersungguh-sungguh melawan atau mempertahankan dari melakukan apa-apa yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti kekufuran, kefasikan, kemaksiatan. Dan termasuk di dalam jenis-jenis jihad bermaksud am ini seperti jihad melawan nafsu dan syaitan, dan jihad menentang ahli mungkar iaitu mereka yang melakukan kezaliman dan kefasikan atau kita sebut sebagai amar ma’ruf nahi munkar.
Jihad dengan makna yang khas pula bermaksud pengerahan segala kemampuan dan kekuatan untuk memerangi musuh (dari kalangan orang-orang kafir) di jalan Allah secara langsung atau secara memberikan bantuan dengan harta, pandangan atau meramaikan bilangan mereka yang berjihad dan sebagainya. Semua ini termasuk di dalam makna jihad khas apabila maksud daripada peperangan atau penentangan itu adalah untuk memecahkan kekuatan musuh-musuh Allah dan bagi memelihara dan mempertahankan agama.


Jihad Am Tidak Menggugurkan Tuntutan Jihad Khas

Daripada pengertian jihad ini dapatlah difahami bahawa tidak boleh berpeluk tubuh meninggalkan jihad khas ini dengan beralasankan telah mendirikan jihad bermakna am seperti mana keadaan sesetengah kumpulan-kumpulan muslim di zaman ini. Ini kerana kewajipan jihad khas tidak gugur sehingga kuffar berjaya disekat dan ditekan.
Dan termasuk di dalam makna kuffar itu:
1.Semua yang menyengutukan Allah(musyrik),
2.Mereka yang ragu-ragu terhadap Islam dan berpura-pura dengan keislamannya(munafik),
3.Mereka yang tidak percaya kepada tuhan atau tidak beragama(mulhid),
4.Mereka yang masih mengekalkan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan Islam setelah menganut agama islam(zindiq)
5.Mereka yang murtad daripada islam.

Laknat Allah ke atas mereka semua dan kita pohon perlindungan Allah daripada kekufuran dan kejahatan mereka.


Dua Bentuk Kewajipan Jihad Khas

Seterusnya, jihad dengan maknanya yang khas pula dari sudut kewajipannya terbahagi kepada dua :

1. Fardu kifayah
2. Fardu ain.

Imam Nawiwi ra. menyebut di dalam kitab Matan Minhaj: Jihad pada zaman Rasulullah SAW adalah fardu kifayah dan ada pendapat yang lain menyebut fardu ain. Adapun selepas zaman Rasulullah SAW, keadaan orang-orang kafir itu terbahagi kepada dua:

1. Sekiranya mereka berada di negara mereka, maka hukum jihad menentang mereka adalah fardu kifayah, apabila sebahagian daripada kaum muslimin telah melakukannya (jihad) maka terlepas tuntutan itu ke atas yang lain.

2. Sekiranya orang-orang kafir masuk ke dalam negeri umat Islam, maka wajib bagi penduduk negeri tersebut mempertahankan dan menentang dengan kemampuan yang ada, sekiranya mampu untuk berperang, wajib melakukannya sehingga ke atas fakir miskin, anak-anak, orang yang berhutang dan hamba-hamba tanpa perlu meminta izin.

Bagi menambah penjelasan mengenai hukum jihad, pengarang kitab
بلغة السالك لأقرب المسالك في مذهب الامام مالك berkata “ Jihad fisabilillah untuk menegakkan kalimah Allah SWT pada setiap tahun, hukumnya adalah fardu kifayah, apabila sebahagian telah melaksanakannya maka gugur hukum ke atas yang lain, dan hukumnya menjadi fardu ain seperti solat dan puasa apabila:

1. Imam menetapkannya (imam mengarahkan untuk keluar berjihad. Maka menjadi fardu ain ke atas mereka yang diperintahkan untuk berjihad)

2. Musuh masuk menyerang penempatan kaum muslimin. Maka menjadi wajib fardu ain ke atas mereka dan orang yang berhampiran dengan mereka untuk membantu sekiranya mereka (penduduk setempat itu) lemah untuk berdepan dengan musuh. Dan fardu ain juga ke atas perempuan dan hamba-hamba dalam keadaan ini walaupun mereka dihalang ibubapa, suami, tuan hamba atau pemiutang bagi mereka yang berhutang.

3. Jihad juga menjadi fardu ain dengan bernazar.

Adapun ibubapa hanya boleh melarang anak-anak mereka daripada berjihad yang hukumnya fardu kifayah sahaja. Berkata Pengarang : moga-moga hikmah daripad hukum ini (tidak perlu keizinan berjihad dalam keadaan fardu ain) supaya meramaikan bilangan orang-orang yang berjihad dan berjuang, dan menyatukan kekuatan dan ketaatan kepada pemimpin mereka.

0 comments:

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP