Peringatan Bagi Mereka Yang Cintakan Tuhan
Berlaku Taat Kepada Allah
Wahai pembaca yang budiman,bagi mereka yang cintakan Allah,
Hendaklah kita bersungguh-sungguh didalam melaksanakan ketaatan kepada Allah Azza Wa Jalla pada setiap gerak-geri kita. Dengan mengambil setiap jalan atau penyebab yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah dan mendapatkan reda-Nya. Dan semua itu,kita lakukan dalam keadaan kita bersungguh-sungguh melepaskan diri kita dari kedurhakaan dan dari sebab-sebab kemurkaan Allah dan kebencian-Nya.
Bentuk-bentuk Ketaatan
1. Mengenali tuhan dengan pengenalan akliah yang betul dan meninggalkam segala perkara yang mendedahkan kita daripada perkara syirik.
Rasulullah SAW telah mengkhabarkan kepada kita bahawa amalan yang paling disukai Allah Azza Wajalla untuk seorang hamba mendekatkan diri dengannya ialah amalan yang telah difardukan ke atasnya.
Dan tetap serta istiqamah di atas aqidah tauhid adalah sebesar-besar kefarduan yang telah difardukan oleh Allah Azza Wajalla ke atas hamba-Nya.Firman Allah SWT di dalam surah an-Nahl ayat 36 bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah saja,dan jauhilah thaghut itu.” Dan di dalam surah an-Nisaa’ ayat 48 bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik,dan Dia mengampuni segala dosa selain dari syirik itu.
2. Hendaklah menunaikan segala yang diwajibkan atasmu dari segala fardu ain.
Allah SWT tidak mentaklifkan dengan sesuatu dari perkara fardu melainkan ialah untuk mengislah atau membaiki dengannya hati kita, supaya kita keluar selepas mengerjakan amalan-amalan iitu dalam keadaan hati yang sejahtera dari segala penyakit.Sabda rasulullah SAW bermaksud:
“Perumpamaan sembahyang lima waktu adalah seperti sungai yang bersih lagi melimpah di depan pintu rumah seorang daripada kamu,kamu mandi di dalamnya setiap hari sebanyak lima kali,maka adakah kamu dapati daripada perbuatan itu akan masih berkekalan kotorannya?Sahabat menjawab: Tidak akan kekal suatu pun.Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya solat lima waktu itu menghilangkan dosa-dosa seperti air menghilangkan kotoran.”
3. Kemudian hendaklah kita mengamalkan amalan-amalan sunat sekuat kemampuan.
kerana ia adalah sebab yang akan mendatangkan kasih Allah kepada kita.Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Berkata Allah SWT: Tidak ada perbuatan mendekatkan diri kepadaKu oleh orang-orang yang mendekatkan diri itu dengan amalannya seumpama apa yang telah aku fardukan keatas mereka,dan sentiasalah seorang hamba itu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mengasihinya.
Petikan intipati daripada risalah Tanbih ‘an Dholal liman Arada zal-Jalal, susunan al-Fadhil Ustaz Haji Zulkifli Haji Ismail,Guru Ugama Pondok Baitul Qurra’ wal ‘Ilmi.
0 comments:
Post a Comment