Wednesday, April 29, 2009

Bukti kita cinta Allah dan Rasul Dengan Mengikut apa yang Rasul bawa..


Bukti kita cinta Allah dan Rasul Dengan Mengikut apa yang Rasul bawa..

Allah taala mengikat kecintaan hamba kepadaNya dengan mentaati rasul n apa yang dibawa baginda iaitu disebut sebagai syariat.Benarlah firman Allah taala

Katakanlah wahai Muhammad Sekiranya kamu cinta kepada Allah maka ikutlah aku(baginda) Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu.

Seorang ulamak menyebut kadar kecintaan Allah kepada kamu adalah mengikut banyak mana kadar kamu mengikut Rasulullah SAW dan apa yang baginda bawa.Nah, adakah kamu tidak percaya dengan al-quran?Kalamullah yang pasti..Masih lagi mempunyai konflik dalam diri tentang cara hidup yang terbaik?Masih berfikiran org yang menghidupkan sunnah ini berfikiran kolot?orang yang mengikut syariat ini tidak ke mana,tidak maju?Apakah kemajuan yang kita cari selama ini?semata-mata kebendaan atau madiah?Atau kemajuan yang diiktiraf oleh Allah subhanahu taala yang boleh menyelamatkan kita di akhirat?Pilihlah dengan hati dan bukan hawa nafsu.

Kita telah diajar sejak kecil lagi bahawa para anbiya’ alaihissalam wajib secara akal bersifat benar.Mustahil secara akal (akal tak boleh terima) bahawa Nabi itu bersifat bohong.Kerana bohong Nabi akan melazimkan bohonglah perkhabaran Allah yang mengutuskan mereka serta membenarkan mereka dengan mukjizat.Jadi apa yang dibawa Rasul adalah wahyu dari Allah.Allah taala mengutuskan Rasul kepada kita untuk mengajar kita ayat-ayat Allah,untuk menyucikan jiwa kita,dan mengajarkan hikmah dan perkara-perkara yang kita tidak tahu,iaitu antaranya perkara yang ghaib, dan lain-lain.Dan Rasul juga merupakan contoh ikutan yang baik (uswah @ qudwah hasanah) kepada manusia khususnya.Jadi ukuran baik dan buruk kita nilai berdasarkan apa yang dibawa dan diajar rasul.Sekiranya kita mengikut rasul maka kita hukumkan sebagai baik,kalau kita tidak mengikut dalam erti kata ingkar rasul maka dihukum sebagai buruk atau jahat.Begitulah sebagaimana di sisi ahlus sunnah disebut bahawa tahsin wa taqbih syar’an. Bercanggah dengan muktazilah yang menyatakan tahsin dan taqbih ‘aqla.bole rujuk kitab usul fiqh.

Bagaimana kita dapat memenuhi tuntutan ini untuk membuktikan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul? Bagaimana kita hendak mengikut Nabi kalau kita sendiri tidak tahu ajaran Nabi?Benarlah kata yang menyebut tak kenal,mana mungkin melahirkan perasaan cinta .

Al-quran menyebut, bertanyalah org yang mengetahui,sekiranya kamu tidak tahu.Siapa kah mereka yang tahu tentang nabi dan ajaran baginda?Nabi menyebut ulamak adalah pewaris anbiya’.Ulamak pula mempunyai martabat-martabat berdasarkan ketinggian ilmu dan bidang masing-masing. Satu disiplin ilmu, ambillah suatu ilmu itu daripada ahli bidang ilmu tersebut.Tidak ada di dunia ini orang yang tahu tentang semua perkara.Ilmu Allah itu luas dan tidak kenal perkataan berakhir..Jadi, kita belajar dengan bukan ahli bidang tersebut merupakan satu kesilapan besar yang ramai tidak perasan dan mengabaikan.Orang yang tidak ada ilmu dlm satu bidang dan tidak tahu kaedah2 tentang ilmu tersebut,hanyalah akan menambahkan kecelaruan apabila mereka bercakap.

Sebagai contoh..seorang doctor ingin membaiki kapal terbang atau seorang mekanik ingin membedah pesakit.Bukankah akan mengakibatkan malapetaka lebih besar?Sama ada kapat terbang itu rosak terus,rugi berjuta-juta,atau boleh terbang sebentar di udara kemudian jatuh terhempas,mengorbankan banyak nyawa, kemudian pesakit yang dirawat oleh mekanik tersebut mungkin bertambah teruk sakitnya dan boleh jadi mati. Begitulah dengan agama ini.Agama milik semua, tetapi Islam melarang kita bercakap,atau melakukan suatu yang kita tidak tahu.Bila ada masalah berkaitan agama rujuklah ulamak di bidang tersebut.bukan kita berjumpa orang yang bukan ahli dalam bidang tersebut.

Penting: dalam masalah yang berkaitan dengan tempat,keadaan atau situasi,zaman. maka rujuklah ulamak yang tahu tentang keadaan tempat tersebut atau ahli bidang tersebut.kaedah menyebut,hukmu ‘an syai far’un an tasawwurihi.rujuk kitab usul fiqh.

Kesimpulannya,untuk membuktikan kita cinta Allah dan Rasul kembalilah kepada Ilmu.Ilmu itu adalah agama..sesungguhnya ilmu itu dengan ta’allum atau belajar.ambillah ilmu itu drpada ulamak pewaris nabi.Hanya sesungguhnya yang takut kepada Allah itu adalah ulamak.

Wallahu a’lam
Katabtu 29hb 4 2009..11.00pm

0 comments:

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP