Thursday, May 28, 2009

Peringatan Bagi Mereka Yang Cintakan Tuhan


Berlaku Taat Kepada Allah

Wahai pembaca yang budiman,bagi mereka yang cintakan Allah,
Hendaklah kita bersungguh-sungguh didalam melaksanakan ketaatan kepada Allah Azza Wa Jalla pada setiap gerak-geri kita. Dengan mengambil setiap jalan atau penyebab yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah dan mendapatkan reda-Nya. Dan semua itu,kita lakukan dalam keadaan kita bersungguh-sungguh melepaskan diri kita dari kedurhakaan dan dari sebab-sebab kemurkaan Allah dan kebencian-Nya.

Bentuk-bentuk Ketaatan

1. Mengenali tuhan dengan pengenalan akliah yang betul dan meninggalkam segala perkara yang mendedahkan kita daripada perkara syirik.
Rasulullah SAW telah mengkhabarkan kepada kita bahawa amalan yang paling disukai Allah Azza Wajalla untuk seorang hamba mendekatkan diri dengannya ialah amalan yang telah difardukan ke atasnya.

Dan tetap serta istiqamah di atas aqidah tauhid adalah sebesar-besar kefarduan yang telah difardukan oleh Allah Azza Wajalla ke atas hamba-Nya.Firman Allah SWT di dalam surah an-Nahl ayat 36 bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah saja,dan jauhilah thaghut itu.” Dan di dalam surah an-Nisaa’ ayat 48 bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik,dan Dia mengampuni segala dosa selain dari syirik itu.

2. Hendaklah menunaikan segala yang diwajibkan atasmu dari segala fardu ain.
Allah SWT tidak mentaklifkan dengan sesuatu dari perkara fardu melainkan ialah untuk mengislah atau membaiki dengannya hati kita, supaya kita keluar selepas mengerjakan amalan-amalan iitu dalam keadaan hati yang sejahtera dari segala penyakit.Sabda rasulullah SAW bermaksud:

“Perumpamaan sembahyang lima waktu adalah seperti sungai yang bersih lagi melimpah di depan pintu rumah seorang daripada kamu,kamu mandi di dalamnya setiap hari sebanyak lima kali,maka adakah kamu dapati daripada perbuatan itu akan masih berkekalan kotorannya?Sahabat menjawab: Tidak akan kekal suatu pun.Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya solat lima waktu itu menghilangkan dosa-dosa seperti air menghilangkan kotoran.”

3. Kemudian hendaklah kita mengamalkan amalan-amalan sunat sekuat kemampuan.
kerana ia adalah sebab yang akan mendatangkan kasih Allah kepada kita.Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Berkata Allah SWT: Tidak ada perbuatan mendekatkan diri kepadaKu oleh orang-orang yang mendekatkan diri itu dengan amalannya seumpama apa yang telah aku fardukan keatas mereka,dan sentiasalah seorang hamba itu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mengasihinya.

Petikan intipati daripada risalah Tanbih ‘an Dholal liman Arada zal-Jalal, susunan al-Fadhil Ustaz Haji Zulkifli Haji Ismail,Guru Ugama Pondok Baitul Qurra’ wal ‘Ilmi.

Read more...

Monday, May 25, 2009

Unsur-Unsur Tarbiyah Dalam Pilihanraya..(sila klik untuk baca dari artikel asal)



Mari kita nilai sejauh mana pilihanraya ini menjadikan diri kita ini semakin dekat dan bertambah kebergantungan diri kita dengan allah atau sebaliknya.NAK MENANG? mesti mengambil asbab atau faktor2 membawa kemenangan.kemudian bertawakal.itulah SUNNAH NABI SAW.

Berkata Syeikh Sya'rawi" Jawarih ta'mal wal qulub tatawakkal" Anggota kita bekerja dan hati kita tawakkal dan bergantung pada Allah.Itulah hakikat tawakal.

Sila baca unsur2 tarbiyah dalam pilihanraya..pilihanraya juga merupakan wasilah kita untuk mendekatkan diri kita dengan Allah.Mari perbaiki diri,amal dan sama-sama bekerja untuk Islam.

http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/2009/05/unsur-unsur-tarbiyah-dalam-pilihanraya.html

Read more...

Friday, May 15, 2009

Siapa yang tiada Adab,Maka tiadalah Ilmu baginya..


Sekiranya kamu Alim,


Adab orang alim ialah:

Luas pandangan,sentiasa berlemah lembut,duduk dengan haibah atau rasa hormat dan maruah sambil menundukkan kepala, tinggalkan serta jauhkan takabbur atas semua orang kecuali atas sebab kezaliman,sebagai menghalang dan mencegah kezaliman itu,sentiasa membanyakkan tawaduk di dalam majlis2,tinggalkan jenaka yg melampau2, lembut bersama pelajar2,membaiki atau mendidik org jahil dengan sebaik2 petunjuk,dan tinggalkan marah atas mereka,tinggalkan rasa malu untuk bercakap "tidak tahu" pada perkara yg tidak tahu,dan layani dgn penuh hemah kepada org yg bertanya,usaha memahami kehendak yg bertanya, menerima hujah,tunduk kepada yang hak dengan kembali kepada yg hak ketika kekeliruan dan kesalahan, halang pelajar2 daripada semua ilmu yg memudaratkan mereka,dan tegah mereka menuntut ilmu yang bermanfaat dengan niat selain kerana Allah taala, sekat pelajar2 daripada sibuk dengan perkara fardu kifayah sebelum selesai perkara yg fardu ain, termasuk dlm fardu ain mereka ialah,membaiki luaran dan dalaman dengan TAKWA, supaya pelajar itu meneladani perbuatan gurunya dan mengambil faedah daripada perkataan gurunya.



Sekiranya kamu Muta’allim (Pelajar)

Maka adab org yg mengaji dengan gurunya ialah:

Mulakan dengan salam apabila bertemu,kurangkan bercakap ketika bersamanya,jangan bercakap apa yang tidak disuruh oleh gurunya,jangan bertanya sesuatu sebelum minta izin terlebih dahulu,jangan berkata perkara yg bercanggah dengan apa yg guru sebut seperti berkata, “Si fulan cakap berlawanan dengan apa yang kamu katakan”, jangan tunjukkan atas guru perbezaan pendapat kita,dan marasa dial ah yg lebih tahu perkara yg lebih betul daripada gurunya,jangan berbual di dalam majlisnya,jangan banyak bergerak di dalam majlisnya sebagai adab dengannya,jangan banyak bertanya ketika guru sedang berasa malal (bosan), apabila guru bangun,maka bangunlah menghormatinya,jangan mengikut atau berjalan bersama guru dengan banyak cakap dan soal,jangan bertanya kepada guru hinggalah sampai ke tempatnya, jangan bersangka buruk pada guru pada perbuatan yg zahirnya seperti bercanggah dengan apa yang kita tahu,sedangkan guru itu lebih tahu rahsianya daripada kita..

Petikan daripada buku BIDAYATUL HIDAYAH(Permulaan Hidayah).Karangan Imam Hujjatul Islam,Abi Hamid Al-Ghazali.

Jumaat,11:55am.
20Jamadil Awwal 1430,bersamaan 15mei 2009.

Read more...

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP